Wednesday, 8 July 2015

Lima kelebihan penggera kecurian tanpa wayar @wireless:-



Terdapat dua kategori utama sistem penggera iaitu berwayar dan tanpa wayar.  Sistem penggera menggunakan wayar masih banyak digunakan buat masa sekarang, tetapi ia tidak akan kekal lama apabila  penggera kecurian tanpa wayar atau wireless telah berada di pasaran.
Berikut adalah lima kelebihan penggera kecurian tanpa wayar @wireless:
1) Kos
Sistem penggera pencuri tanpa wayar mungkin mempunyai kos unit yang lebih besar berbanding sistem penggera berwayar, tetapi apabila anda mengambil kira kos pemasangan ke atasnya, anda akan mengetahui bahawa kos keseluruhan adalah jauh lebih murah daripada sistem penggera yang berwayar.
2) Kemudahan
Sistem penggera pencuri tanpa wayar sangat mudah untuk dipasang. Anda tidak perlu membuat laluan wayar di sekeliling perabot, di tepi dinding, atau meletakkan kepingan alas debu untuk kerja-kerja menggerudi lubang di dinding. Kemudian, kebaikannya anda tidak perlu memplaster dinding anda semula dan melakukan kerja mengecat dinding dengan warna asal.
3) Keselamatan
Sistem penggera tanpa wayar mempunyai alat kawalan jauh yang boleh mengaktifkan atau meneutralkan penggera tanpa perlu menekan di pad kekunci. Selain itu, Sistem penggera tanpa wayar juga boleh membuat panggilan telefon dibuat secara automatik ke sekurang-kurangnya satu nombor yang telah disetkan. Mungkin nombor telefon pihak keselamatan. Kita juga boleh mendail semula ke sistem penggera kita untuk meneutralkannya. Sebagai contoh, jika ada kecemasan di dalam rumah, anda hanya perlu menekan butang panik untuk meminta pertolongan. Pihak keselamatan anda akan menerima panggilan dan akan datang memberi bantuan.
4) Kemas
Sistem penggera berwayar mempunyai kelemahan di mana anda sukar untuk meletakkan alat pengesan @sensor. Jika anda tinggal di dalam sebuah bangunan lama yang dindingnya sangat tebal dan keras, wirering @pendawaian perlu dilakukan tanpa menebuk dinding.  Ini Memburukkan pemandangan rumah anda. Dengan  sistem penggera pencuri tanpa wayar @wayarles, anda boleh meletakkan sensor di mana anda mahu asalkan ianya dalam lingkungan pad kekunci. Anda juga boleh memasang alat pemancar yang boleh menghantar dan menerima isyarat gelombang dengan liputan yang luas. Oleh yang demikian, anda  boleh menletakkan sensor@ pengesan lebih banyak di sekeliling rumah anda yang besar itu.
5) Penambahan Sensor
Teknologi sistem penggera tanpa wayar membolehkan sensor tambahan ditambah tanpa memerlukan kerja yang rumit dan boleh dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuian rumah anda. Anda mungkin fikir yang anda mungkin tidak mahu menambah apa-apa lagi, tetapi kebarangkalian anda memerlukan sensor tambahan masih ada. Sebagai contoh, pada masa ini, anda boleh menambah sensor IR @InfraRed dan sensor getaran. Berbanding teknologi terdahulu yang menggunakan sensor mangnetic sahaja. Teknologi cepat berkembang, kita tidak tahu apa lagi teknologi yang akan ada dipasaran kelak yang boleh ditambah ke unit utama penggera tanpa wayar.


2 comments: